Draf MVP (versi 2026-10-14) — perlu semakan peguam. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (pindaan 2024).
Pengendali: nama, emel, kata laluan (dicincang), butiran bank yang anda masukkan. Tauke gerai (bagi pihak pengendali): nama, telefon WhatsApp, emel pilihan, rekod sewa gerai, bacaan meter elektrik/air dan gambar meter, bil, bayaran, bukti bayaran, deposit dan gambar aduan.
Bagi data tauke gerai, pengendali ialah pengguna data (data user) dan SewaGerai memproses data bagi pihak mereka sahaja. Kami tidak menjual atau berkongsi data untuk pemasaran.
Data disimpan di Cloudflare (D1/R2). Fail adalah peribadi dan hanya boleh dibuka oleh pengendali yang log masuk. Pautan tauke gerai menggunakan token rawak yang sukar diteka: pautan bil/resit hanya untuk satu bil (termasuk gambar meter bil itu, jika ada), manakala pautan portal tauke gerai dikongsi berasingan, boleh ditukar oleh pengendali dan ditamatkan apabila tauke gerai keluar.
Bayaran langganan diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad; kami hanya menyimpan rujukan pelanggan/langganan Stripe, rekod invois dan cap jari kad daripada Stripe (bukan nombor kad) untuk mengesan rujukan sendiri.
Jika anda menyertai Program Rujukan, kami menyimpan kod rujukan anda, bilangan klik (satu setiap alamat IP sehari; IP tidak disimpan lebih daripada sehari), rujukan anda, komisen, dan butiran bayaran yang anda masukkan (nama pemegang akaun, bank, nombor akaun). Pautan rujukan menetapkan kuki sg_ref selama 30 hari untuk mengaitkan pendaftaran dengan kod itu. Affiliate hanya melihat nama perniagaan yang disamarkan bagi pengendali yang dirujuk. Jika anda memadam akaun, butiran bayaran anda dipadam dan hanya rekod perakaunan minimum (jumlah, tarikh, rujukan pindahan) disimpan; lihat Terma Program Rujukan.
Hanya jika anda tekan Terima pada notis kuki, laman utama dan skrin pendaftaran memuatkan Meta Pixel (Meta Platforms) untuk mengukur iklan: paparan laman utama, pendaftaran dihantar, dan emel disahkan. Kami tidak menghantar nama, emel, data tauke gerai atau data akaun dalam acara ini, dan Pixel tidak dimuatkan pada pautan tauke gerai atau semasa anda menggunakan aplikasi. Pilihan anda disimpan dalam kuki sg_consent selama 180 hari; tukar bila-bila masa melalui “Tetapan kuki” di bahagian bawah laman utama.
Pengendali boleh mengeksport atau memadam data tauke gerai yang telah keluar (bacaan meter gerai disimpan bersama meter tanpa nama tauke untuk pengiraan bulan berikutnya), dan memadam keseluruhan akaun pada bila-bila masa. Tauke gerai boleh menghubungi pengendali mereka untuk akses atau pembetulan data. Data yang dipadam tidak lagi boleh diakses melalui aplikasi; pemadaman fail diselesaikan selepas transaksi atau dicuba semula jika tergendala. Salinan sandaran dan rekod pembayaran yang disimpan oleh Stripe tidak dipadam serta-merta bersama akaun dan tertakluk kepada dasar penyimpanan masing-masing. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Miracle Mikhael Enterprise — hello@sewagerai.com