Versi 2026-10-14b — draf, belum disemak peguam.
SewaGerai ialah perisian untuk pengendali premis (kopitiam, medan selera, kantin, bazar dan seumpamanya) merekod premis, gerai, tauke gerai, bacaan meter elektrik dan air, bil bulanan, bayaran, resit, deposit dan aduan gerai. SewaGerai disediakan oleh Miracle Mikhael Enterprise.
SewaGerai tidak menerima, memegang atau memindahkan wang sewa atau bil utiliti. Tauke gerai membayar terus ke akaun pengendali. Pengendali bertanggungjawab mengesahkan setiap bayaran sebelum menandakannya dibayar.
Anda bertanggungjawab ke atas ketepatan data dan bacaan meter, mendapatkan kebenaran tauke gerai untuk menyimpan data mereka, kandungan mesej yang anda hantar, dan caj lewat yang dikenakan mengikut perjanjian sewa gerai anda.
SewaGerai ialah alat pengiraan dan rekod sahaja. SewaGerai bukan pembekal, pengagih atau penjual elektrik atau air, tidak memasang atau mengurus meter, dan tidak menetapkan kadar.
Fungsi utiliti SewaGerai direka untuk mendapatkan semula kos sebenar bil elektrik (TNB) dan air premis anda daripada tauke gerai mengikut penggunaan sub-meter masing-masing. Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], seksyen 9, tiada sesiapa selain pihak berkuasa bekalan boleh membekalkan elektrik kepada orang lain tanpa lesen Suruhanjaya Tenaga; Suruhanjaya Tenaga pernah mendakwa pemilik premis yang membekalkan elektrik kepada penyewa tanpa lesen. Bekalan air dikawal di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. Dengan menggunakan fungsi utiliti, anda bersetuju bahawa:
Bil yang dijana menyatakan bahawa kadar utiliti ditetapkan oleh pengendali premis. Maklumat dalam SewaGerai bukan nasihat undang-undang. Jika anda ingin mengenakan caj melebihi kos sebenar, dapatkan nasihat peguam dan hubungi Suruhanjaya Tenaga atau pembekal air dahulu.
Percubaan percuma 14 hari, sehingga 40 gerai (30 hari jika anda mendaftar melalui kod atau pautan rujukan). Pendaftaran diselesaikan dengan pautan yang kami emel. Selepas percubaan, langganan bulanan atau tahunan mengikut pelan (Asas RM99/bulan atau RM990/tahun, sehingga 20 gerai; Pro RM149/bulan atau RM1,490/tahun, sehingga 40 gerai; Besar RM199/bulan atau RM1,990/tahun, sehingga 80 gerai), dibayar melalui Stripe dan diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan. Pembatalan berkuat kuasa pada akhir tempoh yang telah dibayar. Yuran yang telah dibayar tidak dipulangkan kecuali dikehendaki undang-undang atau atas budi bicara kami. Jika langganan tamat, akaun menjadi baca-sahaja: data kekal, bil, bacaan meter dan peringatan baharu dihentikan, dan anda masih boleh mengesahkan bayaran, mengeksport dan memadam data.
Pengguna boleh menyertai Program Rujukan dan mendapat komisen 20% daripada bayaran langganan pengendali yang dirujuk selama 12 bulan pertama, tertakluk kepada Terma Program Rujukan.
Anda boleh memadam akaun dan semua data pada bila-bila masa dari Tetapan.
Perkhidmatan disediakan "seadanya". Liabiliti kami terhad kepada yuran langganan yang dibayar dalam 3 bulan terakhir. Anda bertanggungjawab ke atas, dan akan menanggung rugi kami terhadap, apa-apa tuntutan, denda atau kos yang timbul daripada caj sewa, caj lewat atau caj utiliti yang anda kenakan kepada tauke gerai, termasuk kadar yang tidak mematuhi seksyen 3A.
Miracle Mikhael Enterprise — hello@sewagerai.com · https://sewagerai.com