Buka aplikasi

Pusat Bantuan

Panduan ringkas, langkah demi langkah. Cari topik di bawah atau pilih kategori.

Bermula

Daftar akaun & sahkan emel
  1. Buka sewagerai.com/app dan tekan Daftar percuma.
  2. Isi Nama anda, Emel dan Kata laluan (minimum 8 aksara), kemudian tekan Daftar percuma. Atau tekan Teruskan dengan Google jika butang itu ada.
  3. Buka emel "Sahkan emel SewaGerai anda" dan tekan pautan di dalamnya. Pautan sah 48 jam. Selepas itu anda terus masuk ke aplikasi.

Tiada emel? Semak folder Spam atau Promotions. Lihat Tak terima emel pengesahan.

Ada kod rujukan (SG-XXXXXX)? Tekan Ada kod rujukan? sebelum daftar. Kod sah = percubaan percuma 30 hari.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tambah premis & gerai pertama

Kali pertama masuk, tab Utama tunjuk langkah mula: Premis & gerai β†’ Tauke & meter β†’ Jana bil. Ikut butang hijau.

  1. Tekan + Tambah premis pertama. Isi Nama premis, pilih Jenis (Kopitiam, Medan selera, Bazar, Kantin atau Lain-lain), kemudian Simpan.
  2. Borang Gerai baharu terus dibuka. Isi No. gerai (cth A1), Sewa bulanan (RM), Deposit (RM) dan, jika ada, Deposit utiliti (RM). Tekan Simpan gerai.
  3. Untuk gerai seterusnya: tab Gerai β†’ + Gerai di bawah premis anda.
  4. Premis lain: tekan + Premis (butang bulat di bawah skrin Gerai). Banyak premis untuk pelan Pro dan Besar sahaja.

Nak tengok dulu? Pada akaun kosong, tekan Cuba dengan data demo di Utama: 1 kopitiam, 12 gerai, meter elektrik & air dan bil bulan lepas. Data demo hanya boleh ditambah pada akaun kosong.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tauke & meter

Daftar tauke gerai
  1. Tab Gerai β†’ pada gerai kosong, tekan + Tauke.
  2. Isi Nama tauke dan No. telefon (WhatsApp). Sewa, deposit dan deposit utiliti diisi ikut gerai; ubah jika perlu.
  3. Pilih Bayar setiap hari ke- (1–28) dan Bil pertama (bulan). Jika sewa bulan ini sudah dibayar tunai, pilih bulan depan.
  4. Tandakan kotak PDPA (tauke sudah dimaklumkan datanya disimpan), kemudian tekan Daftar tauke.

Bil bulanan muncul sebagai draf 7 hari sebelum tarikh bayar. Gerai tanpa meter terus dapat bil sewa yang sedia dihantar.

Ubah telefon, sewa atau hari bayar kemudian: tekan gerai di tab Gerai β†’ Edit. Perubahan sewa berkuat kuasa untuk bil akan datang.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tambah ramai tauke sekali gus (tampal senarai / gambar)
  1. Tab Gerai β†’ + Tambah ramai tauke (tampal / gambar).
  2. πŸ“‹ Tampal senarai: satu tauke satu baris β€” Nama, No telefon, Sewa, No. gerai. Boleh salin terus dari Excel, Google Sheets atau WhatsApp. Tekan Semak senarai.
    πŸ“· Ambil gambar: ambil gambar senarai (buku nota, skrin Excel) atau πŸ–ΌοΈ Pilih dari galeri. Gambar tidak disimpan. Perlu emel yang sudah disahkan.
  3. Di skrin Semak sebelum simpan, pilih premis, Bil pertama dan Bayar setiap hari ke-. Betulkan baris bertanda β›”. Gerai dipadankan automatik; pilih Gerai baru… untuk cipta gerai baru.
  4. Tandakan kotak PDPA dan tekan Simpan … tauke. Tiada apa-apa disimpan sebelum anda tekan butang ini.

Tauke tanpa nombor telefon boleh disimpan, tetapi bil tidak boleh dihantar di WhatsApp. Tekan Tambah no. telefon bila nampak butang itu.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tetapkan meter elektrik & air
  1. Tab Gerai β†’ tekan gerai β†’ Gerai & meter (atau tekan gerai kosong terus).
  2. Tekan + Meter elektrik atau + Meter air.
  3. Pilih Cara caj:
    • Kongsi bil sebenar (disyorkan): bil TNB/air premis dibahagi ikut penggunaan setiap gerai hingga ke sen, dengan % kawasan bersama dibahagi sama rata.
    • Kadar seunit: anda isi kadar RM per kWh atau mΒ³. Caj = penggunaan Γ— kadar.
    • Caj tetap bulanan: jumlah sama setiap bulan, tiada bacaan meter.
  4. Isi Bacaan meter sekarang (bacaan mula), kemudian Simpan meter.

Caj utiliti mesti kos sebenar sahaja, bukan untung. Kadar seunit tidak boleh melebihi jumlah bil Γ· jumlah unit. Lihat Terma, seksyen 3A.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tauke keluar & pulangkan deposit
  1. Tab Gerai β†’ tekan gerai tauke itu β†’ Tauke keluar.
  2. Isi Tarikh keluar, Deposit dipulangkan (RM) dan Deposit utiliti dipulangkan (RM). Jika ada bil belum bayar, jumlah cadangan sudah ditolak. Tulis Nota potongan jika perlu.
  3. Tekan Sahkan keluar.

Bil bulan selepas tarikh keluar dibatalkan. Bil tertunggak dan resit kekal. Pautan portal tauke ditamatkan. Gerai jadi kosong untuk tauke baharu.

Kontrak yang hampir tamat (60 hari) dipaparkan di Utama, bawah πŸ“… Kontrak hampir tamat.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Bacaan meter & bil

Isi bacaan meter bulanan & Jana bil
  1. Buka tab Bacaan Meter. Pilih premis dan bulan di atas.
  2. Mod kongsi bil: isi Jumlah bil (RM) dari bil TNB/air premis dan Kawasan bersama % (0–50).
  3. Untuk setiap gerai, taip Bacaan baharu. Bacaan lepas sudah diisi dan jumlah dikira serta-merta. Bacaan disimpan sebaik anda keluar dari kotak.
  4. Tekan πŸ“· untuk simpan gambar meter sebagai bukti (pilihan). Tauke boleh lihat gambar ini dari pautan bil.
  5. Bila semua siap, tekan Jana bil (… gerai) di bawah skrin. Elektrik & air ditambah ke bil setiap gerai dan bil dikeluarkan.
  • Bacaan lebih rendah dari bulan lepas ditolak. Jika meter baru diganti, tandakan Meter diganti (bacaan bermula dari 0).
  • Penggunaan lebih 3Γ— purata akan minta anda sahkan dulu.
  • Satu gerai belum dapat dibaca? Tekan Keluarkan tanpa bacaan pada gerai itu: bil keluar dengan sewa (dan caj tetap) sahaja.

Langkah seterusnya: hantar bil kepada tauke.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Betulkan bacaan, batal bil atau tambah caj lain

Salah bacaan selepas Jana bil?

  1. Tab Bacaan Meter β†’ pilih premis & bulan β†’ Buka semula untuk betulkan bacaan.
  2. Bil bulan itu kembali ke draf (tauke tak boleh bayar). Betulkan bacaan, kemudian tekan Jana bil semula. Semua jumlah dikira semula.

Butang ini hanya ada jika belum ada tauke yang bayar bil bulan itu. Jika sudah ada bayaran, guna caj lain-lain di bawah.

Caj tambahan atau pembetulan: tab Gerai β†’ tekan gerai β†’ + Caj lain-lain. Isi Keterangan, Jumlah (RM) dan Tarikh akhir β†’ Cipta bil.

Batal bil: buka bil (tab Bil) β†’ Batal bil. Tauke tidak perlu bayar bil itu.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

WhatsApp & bayaran

Hantar bil kepada tauke di WhatsApp
  1. Tab Bil β†’ Belum bayar β†’ tekan bil tauke.
  2. Tekan Hantar bil (WhatsApp). WhatsApp anda dibuka dengan mesej dan pautan bil siap ditulis.
  3. Tekan Hantar dalam WhatsApp. SewaGerai tidak menghantar mesej secara automatik.

Tauke buka pautan untuk lihat bil terperinci (sewa, elektrik, air dengan bacaan meter), akaun bank anda dan butang Saya dah bayar.

  • Salin pautan bil: tampal di mana-mana mesej.
  • Tukar pautan bil: jika tersalah hantar. Pautan lama terus tidak sah.

Pastikan akaun bank anda sudah diisi di Tetapan β†’ Perniagaan & akaun bank, supaya tauke tahu ke mana nak bayar.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Peringatan, tunggakan & caj lewat

Peringatan harian: tab Utama β†’ πŸ“² Peringatan untuk dihantar. Senarai ini disediakan untuk 3 hari sebelum tarikh akhir (H-3), hari tarikh akhir dan bila lewat. Tekan WhatsApp, kemudian Hantar dalam WhatsApp.

Tunggakan: tab Bil β†’ Tunggakan tunjuk setiap gerai, berapa bulan tertunggak dan jumlahnya.

  1. Tekan Hantar peringatan kepada semua (…).
  2. Tekan Buka WhatsApp, Hantar dalam WhatsApp, kemudian kembali dan tekan Seterusnya β†’ (atau Langkau).

Caj lewat: Tetapan β†’ Caj lewat (RM, sekali selepas tarikh akhir) β†’ Simpan tetapan. 0 = tiada caj lewat. Untuk kecualikan pada satu bil: buka bil β†’ Kecualikan caj lewat.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Sahkan bayaran & hantar resit

Tauke tekan "Saya dah bayar": bil muncul di Utama bawah βœ‹ Tauke kata dah bayar.

  1. Tekan bil itu. Semak bukti bayaran (Lihat bukti bayaran β†’) dan akaun bank anda.
  2. Pilih Kaedah bayaran dan Tarikh bayar, kemudian tekan βœ” Sahkan dibayar & keluarkan resit.
  3. Tekan Hantar resit (WhatsApp) untuk hantar resit bernombor kepada tauke.

Duit belum masuk? Tekan Tolak tuntutan.

Tauke bayar tunai atau terus: buka bil β†’ βœ” Tanda dibayar & keluarkan resit.

Lihat resit: buka bil yang dibayar β†’ Buka resit. Tauke boleh tekan Cetak / Simpan PDF pada resit.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Portal tauke & aduan gerai

Setiap tauke ada portal sendiri: bil belum bayar, sejarah bayaran, resit dan borang aduan (dengan gambar).

  1. Tab Gerai β†’ tekan gerai tauke β†’ Hantar portal tauke (atau Salin pautan portal).
  2. Aduan masuk ke Utama, bawah πŸ”§ Aduan terbuka. Tekan aduan β†’ Mula uruskan β†’ Tanda selesai. Tekan WhatsApp tauke untuk maklumkan tauke.

Kongsi pautan portal dengan tauke itu sahaja. Jika tersalah hantar, tekan Tukar pautan portal.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Muat turun laporan kutipan (Excel)
  1. Tab Tetapan β†’ kad Laporan kutipan.
  2. Pilih tahun, bulan (atau Setahun) dan Ikut gerai atau Ikut resit.
  3. Tekan Muat turun CSV. Buka fail dengan Excel atau Google Sheets.

Sewa, elektrik, air, lain-lain dan caj lewat dalam lajur berasingan. Hanya bayaran yang sudah disahkan dikira.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Pelan, langganan & akaun

Pekerja & staf

Buat masa ini satu akaun SewaGerai untuk satu perniagaan. Tiada akaun pekerja berasingan.

Jika pekerja yang membaca meter, minta mereka catat bacaan atau ambil gambar meter, kemudian anda isi di tab Bacaan Meter.

Perlukan akses pekerja? Beritahu kami di Tetapan β†’ πŸ’¬ Hantar maklum balas.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Pelan & harga
  • Asas: RM99/bulan atau RM990/tahun. Sehingga 20 gerai, 1 premis.
  • Pro: RM149/bulan atau RM1,490/tahun. Sehingga 40 gerai, banyak premis.
  • Besar: RM199/bulan atau RM1,990/tahun. Sehingga 80 gerai, banyak premis.

Tahunan = 2 bulan percuma. Tiada yuran pasang, tiada kontrak, tiada potongan dari sewa.

  1. Tab Tetapan β†’ kad Langganan SewaGerai. Pilih Bulanan atau Tahunan (jimat 17%).
  2. Kad (diperbaharui automatik): tekan Pilih Asas, Pilih Pro atau Pilih Besar.
  3. FPX (bayar sekali, tiada caj automatik): tekan Bayar sekali dengan FPX, pilih 3, 6 atau 12 bulan. Kami emel anda 7 hari dan 1 hari sebelum tamat.

Emel anda mesti disahkan dahulu sebelum melanggan. Langgan dengan kad semasa percubaan: caj pertama hanya bila percubaan tamat (dalam 2 hari terakhir percubaan, caj dibuat serta-merta).

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Percubaan percuma & bila ia tamat

Percubaan percuma 14 hari (30 hari dengan kod rujukan), tiada kad diperlukan. Semasa percubaan anda boleh guna sehingga 40 gerai dan banyak premis.

Baki hari dipaparkan di jalur atas aplikasi. Tekan Pilih pelan untuk langgan.

Bila tamat: data anda kekal selamat. Bil, bacaan meter, caj lewat, peringatan dan aduan baharu berhenti. Anda masih boleh sahkan bayaran, betulkan atau batal bil, eksport dan padam data. Tekan Langgan untuk sambung.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Batal langganan atau padam akaun

Batal langganan kad:

  1. Tab Tetapan β†’ Urus langganan (tukar pelan / kad / batal).
  2. Ikut langkah di halaman Stripe untuk batal.

Akses kekal hingga akhir tempoh yang sudah dibayar. Bayaran FPX tidak diperbaharui, jadi tiada apa perlu dibatalkan.

Padam akaun & semua data:

  1. Simpan dulu apa yang perlu: laporan CSV dan Eksport data (PDPA) setiap tauke.
  2. Tetapan β†’ kad Akaun β†’ Padam akaun & semua data.
  3. Masukkan kata laluan dan tekan Padam kekal. Tidak boleh dibatalkan.

Daftar dengan Google dan belum ada kata laluan? Log keluar, tekan Lupa kata laluan? di skrin log masuk untuk tetapkan satu dahulu.

Kami akan cuba batalkan langganan kad anda. Tiada bayaran balik automatik untuk baki tempoh.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Data & privasi (PDPA)
  • Data premis, gerai dan tauke anda hanya boleh dilihat oleh akaun anda.
  • Semasa daftar tauke, anda sahkan tauke telah dimaklumkan bahawa nama, telefon, bacaan meter dan rekod bayaran disimpan untuk urusan sewa gerai.
  • Tauke minta salinan data: tekan gerai β†’ Eksport data (PDPA).
  • Tauke sudah keluar dan minta datanya dipadam: tekan nama di Bekas tauke (tab Gerai) β†’ Padam data tauke.
  • SewaGerai tidak memegang duit sewa. Tauke bayar terus ke akaun anda.

Butiran penuh: Dasar Privasi.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Masalah biasa

Tak terima emel pengesahan
  1. Tunggu 2–3 minit, kemudian semak folder Spam, Promotions atau Updates (Gmail). Cari emel daripada hello@sewagerai.com.
  2. Jumpa dalam Spam? Tandakan Bukan spam supaya emel SewaGerai seterusnya masuk ke peti masuk.
  3. Semak ejaan emel (cth gmail.com, bukan gmail.con).
  4. Sudah dalam aplikasi? Tekan Hantar semula pada jalur kuning πŸ“§ Sahkan emel anda di atas skrin.
  5. Belum boleh log masuk? Pautan sah 48 jam. Jika tamat atau emel tiada langsung, daftar semula dengan emel yang betul.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Tak boleh log masuk / lupa kata laluan

"Emel atau kata laluan salah"

  • Baru daftar? Tekan pautan dalam emel pengesahan dahulu. Akaun belum aktif sebelum itu.
  • Daftar dengan Google? Tekan Teruskan dengan Google, bukan kata laluan.
  • Semak ejaan emel dan huruf besar/kecil kata laluan.

Lupa kata laluan:

  1. Di skrin Log masuk, tekan Lupa kata laluan?.
  2. Masukkan emel akaun β†’ Hantar pautan.
  3. Buka emel "Tukar kata laluan SewaGerai" (semak Spam). Pautan sah 1 jam.
  4. Taip kata laluan baharu β†’ Tukar kata laluan. Semua peranti dilog keluar; log masuk semula.

"Terlalu banyak cubaan": tunggu seperti dalam mesej itu (biasanya 15 minit), kemudian cuba lagi.

Sudah log masuk dan nak tukar kata laluan: Tetapan β†’ Tukar kata laluan.

πŸ”— Pautan ke artikel ini

Soalan lazim

Adakah SewaGerai memegang duit sewa?

Tidak. Tauke gerai bayar terus ke akaun bank atau DuitNow anda. SewaGerai hanya merekod bil dan bayaran, tanpa potongan. Anda hanya bayar langganan SewaGerai.

Adakah peringatan WhatsApp dihantar secara automatik?

Tidak. SewaGerai sediakan mesej dan pautan bil. Anda tekan butang WhatsApp, WhatsApp anda dibuka, dan anda tekan Hantar sendiri. Tauke nampak nombor anda.

Perlukah tauke gerai pasang aplikasi?

Tidak. Tauke buka pautan bil dari WhatsApp untuk lihat bil terperinci, bayar, muat naik bukti dan dapat resit. Mereka juga boleh guna pautan portal tauke untuk sejarah bayaran dan aduan.

Boleh saya betulkan bil selepas tekan Jana bil?

Boleh, selagi belum ada tauke yang bayar bil bulan itu. Di tab Bacaan Meter, tekan Buka semula untuk betulkan bacaan, betulkan, kemudian tekan Jana bil semula. Jika sudah ada bayaran, guna + Caj lain-lain untuk pembetulan.

Bagaimana bil TNB dibahagi antara gerai?

Dalam mod Kongsi bil sebenar, masukkan jumlah bil TNB atau air premis bulan itu. Jumlah itu dibahagi ikut penggunaan sub-meter setiap gerai hingga ke sen, dan peratus kawasan bersama dibahagi sama rata. Tiada tambahan untung.

Bacaan meter lebih rendah dari bulan lepas. Kenapa tidak boleh simpan?

Bacaan lebih rendah dari bacaan lepas ditolak supaya tiada silap taip. Semak semula meter. Jika meter memang baru diganti, tandakan Meter diganti (bacaan bermula dari 0).

Berapa harga SewaGerai?

Asas RM99 sebulan (sehingga 20 gerai, 1 premis), Pro RM149 sebulan (sehingga 40 gerai, banyak premis) dan Besar RM199 sebulan (sehingga 80 gerai, banyak premis). Bayaran tahunan = 2 bulan percuma. Percubaan percuma 14 hari, tiada kad diperlukan.

Apa jadi bila percubaan atau langganan tamat?

Data anda kekal selamat. Bil, bacaan meter, caj lewat, peringatan dan aduan baharu berhenti. Anda masih boleh sahkan bayaran, betulkan atau batal bil, eksport dan padam data. Langgan semula di Tetapan untuk sambung.

Boleh saya batal langganan bila-bila masa?

Boleh. Tiada kontrak. Langganan kad dibatalkan di Tetapan, Urus langganan. Akses kekal hingga akhir tempoh yang sudah dibayar. Bayaran FPX tidak diperbaharui secara automatik.

Saya tak terima emel pengesahan. Apa perlu buat?

Semak folder Spam, Promotions atau Updates untuk emel daripada hello@sewagerai.com. Pastikan emel ditaip betul. Pautan sah 48 jam. Jika sudah log masuk, tekan Hantar semula pada jalur kuning di atas aplikasi.

Boleh pekerja saya log masuk dengan akaun sendiri?

Belum. Buat masa ini satu akaun untuk satu perniagaan, tiada akaun pekerja berasingan. Pekerja boleh catat atau ambil gambar meter, dan anda isi bacaan di aplikasi.

Masih perlukan bantuan?

Emel hello@sewagerai.com. Sudah log masuk? Guna Tetapan β†’ πŸ’¬ Hantar maklum balas, terus ke pasukan SewaGerai.