SewaGerai vs Excel / buku catatan
Jawapan ringkas: Excel, Google Sheets atau buku cukup jika gerai anda sedikit dan utiliti dicaj kadar tetap. Bila anda ada sub-meter TNB untuk setiap gerai dan perlu kejar bayaran setiap bulan, SewaGerai jimat masa kerana kiraan, pautan bil, peringatan dan resit dibuat untuk anda.
Perbandingan
| Kerja bulanan | Excel / Google Sheets / buku | SewaGerai |
|---|---|---|
| Bahagi bil TNB ikut sub-meter | Boleh, dengan formula sendiri. Bundar setiap gerai boleh buat jumlah lari beberapa sen. | Automatik. Ikut penggunaan, % kawasan bersama dibahagi sama rata, jumlah = bil tepat hingga sen. |
| Bacaan bulan lepas | Salin ke lajur baharu setiap bulan. | Siap diisi. Semua gerai dalam satu skrin. |
| Silap taip bacaan | Tiada semakan melainkan anda buat sendiri. | Bacaan lebih rendah ditolak (kecuali meter diganti). Lebih 3× purata perlu disahkan. |
| Bukti bacaan | Gambar meter disimpan berasingan dalam telefon. | Gambar meter dilampirkan pada bacaan. Tauke boleh lihat melalui pautan bil. |
| Hantar bil kepada tauke | Tangkap layar atau cetak, hantar satu-satu. | Pautan bil terperinci (sewa + elektrik + air) untuk setiap gerai. |
| Peringatan bayaran | Taip mesej sendiri setiap kali. | Mesej WhatsApp siap ditulis dengan pautan bil. Anda tekan Hantar sendiri (tidak automatik). |
| Bukti bayaran & resit | Semak penyata, tulis resit tangan. | Tauke muat naik bukti. Anda sahkan, resit bernombor keluar sendiri. |
| Siapa belum bayar | Formula atau warna sel sendiri. | Papan tunggakan: berapa bulan, berapa ringgit, setiap gerai. |
| Deposit | Lajur sendiri. | Deposit sewa & deposit utiliti direkod berasingan. |
| Pekerja guna bersama | Google Sheets boleh dikongsi. | Satu akaun untuk satu perniagaan, tiada akaun pekerja berasingan. |
| Kos | Biasanya percuma. | RM99–199 sebulan ikut bilangan gerai. 14 hari percuma, tiada kad. |
Bila Excel sudah cukup
- Gerai anda kurang daripada 10 dan tauke bayar tunai terus kepada anda.
- Elektrik dan air dicaj kadar tetap bulanan, tiada sub-meter untuk dibaca.
- Anda selesa dengan formula dan ada masa semak setiap bulan.
- Beberapa orang perlu edit fail yang sama (Google Sheets).
Jika itu anda, teruskan. Kalkulator bil meter dan penjana resit kami percuma untuk bantu kerja sebulan sekali.
Bila SewaGerai lebih berbaloi
- Anda ada 10 hingga 80 gerai dengan sub-meter elektrik atau air setiap gerai.
- Bil TNB premis perlu dibahagi tepat, termasuk kawasan bersama, tanpa pertikaian.
- Anda penat taip peringatan yang sama setiap bulan dan kejar tunggakan.
- Tauke minta resit dan bil terperinci.
Soalan lazim
Bolehkah saya urus sewa gerai dengan Excel sahaja?
Boleh, terutama jika gerai anda sedikit dan utiliti dicaj kadar tetap. Excel atau Google Sheets percuma dan fleksibel. Kerja yang tinggal ialah kira bil meter, hantar peringatan, semak bayaran dan tulis resit secara manual setiap bulan.
Apa beza utama SewaGerai berbanding Excel?
SewaGerai buat kerja selepas pengiraan. Selain kira bil meter setiap gerai hingga sen, ia sediakan pautan bil untuk tauke, mesej peringatan WhatsApp siap ditulis, rekod bukti bayaran, resit bernombor automatik dan papan tunggakan.
Berapa kos SewaGerai berbanding Excel?
Excel atau Google Sheets biasanya percuma. SewaGerai RM99 sebulan (sehingga 20 gerai), RM149 (sehingga 40 gerai) atau RM199 (sehingga 80 gerai), dengan percubaan percuma 14 hari tanpa kad. Bayaran tahunan = 2 bulan percuma.
Bolehkah saya bawa data dari Excel ke SewaGerai?
Anda masukkan premis, gerai, tauke, sewa dan meter sekali sahaja semasa mula. Selepas itu, setiap bulan anda hanya isi bacaan meter dan tekan Jana bil. Data SewaGerai juga boleh dieksport bila-bila masa.
Adakah SewaGerai pegang duit sewa?
Tidak. Tauke gerai bayar terus ke akaun bank atau DuitNow anda. SewaGerai hanya merekod bil dan bayaran, tanpa potongan.