SewaGerai vs meter prabayar
Jawapan ringkas: meter prabayar sesuai jika anda mahu tauke bayar elektrik dahulu dan sanggup beli serta pasang meter baharu di setiap gerai. Jika gerai anda sudah ada sub-meter dan anda mahu sewa, elektrik dan air dalam satu bil tanpa perkakasan baharu, SewaGerai lebih mudah dimulakan.
Dikemas kini:
Perbandingan
| Perkara | Meter prabayar | SewaGerai |
|---|---|---|
| Perkakasan | Meter prabayar baharu di setiap gerai, dipasang oleh pendawai. | Tiada. Guna sub-meter yang sudah ada. |
| Kos permulaan | Harga meter dan upah pasang untuk setiap gerai. Sesetengah pembekal ada yuran bulanan atau caj transaksi. | Tiada kos perkakasan. Langganan RM99–199 sebulan ikut bilangan gerai, 14 hari percuma. |
| Bila tauke bayar elektrik | Dahulu (tambah nilai), sebelum guna. | Selepas guna, dalam bil bulanan. |
| Bila tauke tak bayar | Bekalan biasanya terputus bila kredit habis. | Tiada pemotongan bekalan. Pautan bil, peringatan WhatsApp dan papan tunggakan. |
| Baca meter | Tidak perlu. | Sebulan sekali, semua gerai dalam satu skrin. Bacaan lepas siap diisi, boleh lampir gambar meter. |
| Bil TNB premis & kawasan bersama | Ikut kadar yang anda tetapkan dalam meter. Kos kawasan bersama perlu anda ambil kira sendiri. | Mod kongsi bil: bil TNB dibahagi ikut penggunaan, % kawasan bersama sama rata, jumlah = bil tepat hingga sen. |
| Sewa gerai & air | Biasanya tidak termasuk. Perlu dikutip berasingan. | Sewa, elektrik dan air dalam satu bil terperinci setiap gerai. |
| Resit | Rekod tambah nilai dalam sistem pembekal. | Resit bernombor keluar bila anda sahkan bayaran. |
| Duit ke mana | Ikut pembekal: terus kepada anda atau melalui platform mereka. | Terus ke akaun bank atau DuitNow anda. SewaGerai tidak memegang duit. |
Bila meter prabayar lebih sesuai
- Gerai belum ada sub-meter langsung, dan anda memang perlu pasang meter baharu.
- Tauke kerap bertukar (contohnya tapak jangka pendek) dan anda mahu elektrik dibayar dahulu.
- Anda tidak mahu baca meter setiap bulan, dan sanggup tanggung kos perkakasan.
Pastikan tauke faham cara tambah nilai dan apa berlaku bila kredit habis. Tulis dalam perjanjian sewa gerai.
Bila SewaGerai lebih berbaloi
- Setiap gerai sudah ada sub-meter elektrik atau air.
- Anda mahu bil TNB premis dibahagi tepat, termasuk kawasan bersama, tanpa tambahan.
- Anda kutip sewa setiap bulan juga, dan mahu sewa, elektrik dan air dalam satu bil.
- Anda tidak mahu keluar duit untuk perkakasan sebelum tahu sistem itu sesuai.
Mahu kira dahulu tanpa daftar? Cuba kalkulator bil meter gerai percuma.
Soalan lazim
Apa beza meter prabayar dengan SewaGerai?
Meter prabayar ialah perkakasan: tauke tambah nilai dahulu dan guna elektrik sehingga kredit habis. SewaGerai ialah perisian: anda baca sub-meter sedia ada sebulan sekali, dan SewaGerai kira bil setiap gerai (sewa, elektrik, air), sediakan pautan bil, peringatan WhatsApp dan resit.
Perlukah saya tukar meter untuk guna SewaGerai?
Tidak. SewaGerai guna sub-meter yang sudah ada di setiap gerai. Tiada perkakasan untuk dibeli atau dipasang. Gerai tanpa meter boleh dicaj kadar tetap bulanan.
Gerai saya sudah ada meter prabayar. Boleh guna SewaGerai juga?
Boleh, untuk sewa, air dan caj lain. Tetapkan gerai itu tanpa meter elektrik dalam SewaGerai, jadi bil bulanan hanya ada sewa dan caj yang anda tetapkan. Elektrik terus diurus oleh meter prabayar.
Bagaimana SewaGerai kurangkan tunggakan tanpa potong bekalan?
Setiap tauke dapat pautan bil terperinci di WhatsApp. Mesej peringatan sebelum tarikh akhir, pada hari itu dan selepas lewat siap ditulis, anda tekan Hantar sendiri. Papan tunggakan tunjuk berapa bulan dan berapa ringgit setiap gerai. SewaGerai tidak memutuskan bekalan.
Bolehkah saya caj elektrik lebih daripada bil TNB?
Tidak digalakkan, sama ada guna meter prabayar atau SewaGerai. Caj utiliti sepatutnya hanya mendapatkan semula kos sebenar. Membekal elektrik kepada orang lain untuk untung memerlukan lesen Suruhanjaya Tenaga (Akta Bekalan Elektrik 1990, seksyen 9). Ini panduan umum, bukan nasihat guaman.
Masih guna Excel atau buku? Baca SewaGerai vs Excel. Perlu resit sekarang? Guna penjana resit sewa gerai.